Tuesday, September 26, 2017

Rezeki Pertandingan Serama Sadong Jaya


Alhamdulillah rezeki SMk masih ada dimana dua ekor ayam SMk iaitu King650 mendapat tempat pertama bagi kategori Remaja/Muda manakala Fire650 mendapat tempat kedua bagi kategori Ayam Tanpa Lawi. Disamping itu SMk juga mendapat hadiah bonaza bernilai RM30.00.

Semoga rezeki terus ada bagi SMk dipertandingan yang akan datang. Amin.

SMk

Friday, July 28, 2017

Rezeki Bon Suka Suki Sarawak


Alhamudulillah ayam dari reban SMk yang dimain oleh Aman APM telah menjuarai Bon Suka Suki yang telah diadakan di Sebandi Matang, Asajaya pada 23 Julai 2017. Hadiah yang diperolehi adalah berupa hamper dan sijil.

SMk

Thursday, December 15, 2016

Raja Kibas


Raja Kibas Bandar Baru Semariang telah menjadi milik adik SMk Eppy dengan Ayam Fire Muda adik beradik FireSharp bercuping putih. Dengan kejayaan ini, SMk akan menumpukan breeding serama bukan hanya pada kecantikan tetapi turut memberi keutamaan kepada ayam serama yang berperangai jahat diatas meja.

SMk

Sunday, October 23, 2016

Pertandingan Ayam Serama Jengka 23 Oktober 2016






Alhamdulillah wakil reban SMk untuk bon kali ini, SMk telah berjaya ditempat kedua dengan Kategori Remaja dan No4 Saguhati bagi Kategori Ayam Muda.

SMk